Pelaburan syarikat kenderaan elektrik (EV) global, BYD Company Limited (BYD) di Tanjung Malim perlu dilihat dalam konteks lebih besar, bukan sekadar satu projek, tetapi sebagai langkah strategik negeri dalam membina masa depan industri automotif berteknologi tinggi di Perak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin berkata, kronologi projek ini jelas bahawa pelaburan bukan datang secara kebetulan, tetapi hasil usaha tersusun dan bersungguh-sungguh kerajaan negeri melalui InvestPerak bersama agensi berkaitan.
Menurutnya, Daerah Muallim dipilih kerana kekuatan ekosistem kita sebagai Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) yang lengkap dengan rantaian bekalan automotif. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #peraksejahtera2030 #pelaburanBYD





