Sistem pengangkutan rel kereta api antara infrakstrukur yang akan memberi kesan kepada Perak dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ini berikutan pembangunan di tiga daerah melibatkan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Kerian, Silver Valley Technology Park (SVTP) di Lembah Kinta dan Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Muallim.