IPOH – Kerajaan negeri Perak komited dalam terus menyediakan kediaman pada harga munasabah tanpa mengabaikan aspek kualiti dan keselamamatan meskipun sektor perumahan kini berdepan pelbagai cabaran.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara cabaran yang dihadapi dalam sektor berkenaan termasuk kos bahan binaan, tenaga kerja, penyediaan infrastruktur dan pematuhan teknikal. – MGPerak





