MGPerak: Peruntukan RM188.1 Juta Kepada JKR Untuk Naik Taraf Projek Prasarana Di Perak

235

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM188.1 juta kepada belanja mengurus dan pembangunan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, RM100 juta yang diperutukkan bagi tujuan pembangunan itu merekodkan peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM37 juta diperuntukkan bagi projek jalan dan jambatan serta RM63 juta untuk projek bangunan.

#malaysiagazetteperak #mgperak #belanjawanperak2024 #mbperak #jkrperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini