Proses undi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada selasa yang
berlangsung di Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3,
Bidor berjalan dengan lancar.
Pengundi dalam kalangan anggota dan pegawai polis
mula menunaikan tanggungjawab mereka sebaik sahaja
pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi dan selesai
pada 5 petang.
Koperal Mahamat Udin antara pengundi warga emas
yang selesai membuang undi walaupon dalam
keadaan uzur.
Sementara, pasangan kepada anggota polis,
Surya Mat yang masih berpantang turut menunaikan
tanggungjawab sebagai pengundi.
Pasangan suami isteri, Koperal Mohd Helmi Shariff (kanan)
dan Siti Roziana Wadoi, menunjukkan jari yang dicelup
dakwatsebagai tanda selesai membuang undi. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak