TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih sejak 11 hari lalu, diteruskan dalam skala kecil.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan SAR dipengerusikan Pegawai Daerah Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori, yang berlangsung pada Rabu.
Katanya, SAR yang diteruskan dalam skala kecil berkuat kuasa pada Khamis hanya akan melibatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) SAR Orang Hilang. -MGPerak





