TAIPING – Pelaburan sebanyak RM140 juta oleh Sheng Long Aqua Technology (M) Sdn. Bhd. (Sheng Long) bagi membangunkan kilang pembuatan makanan ternakan akuakultur pertamanya di Malaysia di daerah ini dijangka mengukuhkan lagi rantaian bekalan industri tempatan.
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, anak syarikat kepada Guangdong Haid Group Co., Ltd. (Guangdong Haid) yang berpangkalan di China itu dijadualkan memulakan operasi fasa pertama mereka pada tahun 2028.
Katanya, kilang berkenaan akan menghasilkan makanan ternakan akuakultur berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan dua talian pengeluaran makanan udang serta dua talian pengeluaran makanan ikan, dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 150,000 tan metrik. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





