IPOH – Kerajaan Perak menggesa agar lebih separuh daripada keseluruhan pengusaha unggas iaitu ayam, itik, dan puyuh di negeri itu untuk segera melaksanakan kaedah penternakan secara tertutup.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, ini kerana kerajaan negeri kini sedang melaksanakan tempoh pemutihan terhadap hampir 300 penternak berkenaan menjelang pelaksanaan Enakmen Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 tiga tahun lagi. – MGPerak