TAIPING – UMNO Johor menangkis dakwaan yang menuduh parti melakukan khianat susulan keputusan Barisan Nasional (BN) akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana BN berjaya membentuk kerajaan di Johor secara sendiri selepas memenangi PRN pada Mac 2022.
Malah beliau berkata, keputusan penubuhan kerajaan yang diketuai BN itu dibuat lebih awal daripada penubuhan Kerajaan Perpaduan di Persekutuan pada November 2022. – MGPerak





