MGPerak: Tiga Agenda Baru Ditambah Dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 – Saarani

150

IPOH – Pelan Perak Sejahtera 2030 akan ditambah baik agar matlamat untuk memakmurkan negeri dan mesejahterakan rakyat dapat dicapai.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara penambahbaikannya termasuk penambahan tiga agenda baru kepada enam agenda sedia ada.

Katanya, perincian berhubung perkara itu akan diumumkan pada Majlis Pelaburan Tahunan Perak Sejahtera 2030 di Manjung, pada 15 Jun depan.

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini