Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Vale Malaysia Minerals Sdn. Bhd. (Vale) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan projek naik taraf infrastruktur awam di daerah Manjung yang melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM8 juta.
Kerjasama menerusi usaha Pelan Pembangunan Komuniti (CDP) Vale yang terjalin untuk tempoh lima tahun sehingga pada tahun 2030 itu memberi tumpuan di lima lokasi iaitu Manjung Lama, Beruas, Teluk Batik dan Stadium MPM.
Empat komponen program yang digariskan di bawah usaha berkenaan meliputi Pemerkasaan warisan kulinari dan budaya, Pemeliharaan warisan dan identiti tempatan, Memperkukuh daya tarikan ekopelancongan serta Inisiatif kecergasan dan gaya hidup aktif. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #ValeMalaysiaMinerals #MPM





