Nahas helikopter TLDM: Kerajaan negeri sedia bantu 3 keluarga dari Perak

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mengkaji bantuan yang sesuai untuk tiga kru Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam tragedi helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Tiga kru berkenaan adalah, Leftenan T Sivasutan; Pegawai Waran II, Mohd Shahrizan Mohd Termizi; dan Pegawai Waran II Norfarahimi Saedy.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A Sivanesan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pulang daripada lawatan kerjanya di Korea Selatan.

“Selepas Menteri Besar pulang (dari lawatan kerja) kita akan melihat apakah bentuk bantuan yang sesuai diperuntukkan kepada ketiga-tiga keluarga mangsa.

“Ini adalah satu tragedi sangat sedih bagi pihak kerajaan negeri saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dari negeri Perak yang terkorban.

Nahas helikopter terhempas: Kru terdiri daripada 7 lelaki, 2 wanita
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A Sivanesan pada sidang media di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh.
Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

“Kerajaan negeri juga akan bersama-sama dengan keluarga mereka dan akan menjaga mereka seperti apa yang kita buat kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa mereka sewaktu Covid-19,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua pegawai perubatan yang terlibat sudah bertungkus lumus sejak petang semalam bagi memastikan proses pengurusan jenazah berjalan lancar.

“Semua pegawai perubatan HRPB bekerja keras dan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) pun turun untuk membantu melancarkan proses bedah siasat.

“Saya difahamkan pengurusan jenazah akan selesai jam 1 tengah hari,” jelasnya.

Terdahulu, beliau melawat waris mangsa yang dan turut kelihatan hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Difahamkan proses bedah siasat ke atas 10 jenazah pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Lumut hampir selesai.

Semalam, dua helikopter iaitu Pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec (M502-6) dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut.

Kejadian itu mengorbankan semua mangsa yang ketika itu sedang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Senarai 10 mangsa nahas pesawat helikopter TLDM terhempas di Lumut

Nahas helikopter TLDM: 10 van jenazah tiba di HRPB

Nahas helikopter TLDM: Tiga jenazah selesai bedah siasat

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI