Nama dalam rombakan kabinet sekadar khabar angin – Saravanan

IPOH – Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan menyifatkan kononnya nama beliau tersenarai dalam rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan seperti yang didakwa pihak tertentu sekadar khabar angin.

Menurut beliau, lantikan barisan kabinet merupakan kuasa mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Tapah itu juga, turut mengesahkan tiada sebarang perbincangan di antara beliau dan Perdana Menteri berkaitan khabar angin tersebut setakat ini.

“Itu kuasa mutlak Perdana Menteri dan kita tidak patut menekan beliau dan biar beliau membuat keputusan.

“Setakat ini saya anggap ini khabar angin sahaja kerana MIC menyokong Perdana Menteri untuk kestabilan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyampaikan ucaptama Konvensyen MIC Perak ke-77 di Ipoh, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, sebelum ini Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sokongan yang diberikan parti kepada Anwar dibuat tanpa sebarang syarat.

“Kami sudah katakan bahawa MIC menyokong kerajaan Perdana Menteri tanpa sebarang ugutan atau paksaan serta syarat,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, terdapat desas-desus bahawa Saravanan merupakan antara nama yang disebut tersenarai dalam rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan.

Anwar pada 3 Oktober lalu memaklumkan bahawa beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti diperkatakan sesetengah pihak. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA

https://malaysiagazette.com/2023/10/01/rombakan-kabinet-mungkin-dalam-masa-terdekat-zahid/

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI