Operasi SAR tiga remaja dikhuatiri lemas mandi sungai dimulakan

LUMUT – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu Segari di sini, pada Isnin sedang dijalankan pasukan penyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, ketiga-tiga remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 16 tahun.

Menurut beliau, operasi SAR tersebut diketuai oleh Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Muhammad Hanafi Mohamed Rasidi.

“Ketua operasi telah membuat ‘size up’ dan seterusnya mengaplikasikan konsep L.A.S.T dengan melaksanakan pencarian menggunakan kaedah ‘surface searching’ dan bacaan paras air setinggi 2.37 meter.

Operasi SAR tiga remaja dikhuatiri lemas mandi sungai dimulakan
Orang awam dipercayai keluarga mangsa yang berada di lokasi kejadian di Sungai Sempit, Segari. Foto, ihsan JBPM PERAK.

“Kita juga berdepan masalah memandangkan lokasi kejadian merupakan kawasan ladang sawit dengan jarak dua kilometer dari jalan besar.

“Ia hanya sesuai dilalui kenderaan pacuan empat roda selain masalah liputan GIRN yang lemah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu MG Perak melaporkan tiga dikhuatiri lemas dalam kejadian di Segari selepas bomba menerima panggilan kecemasan 999 pada jam 3.26 petang.

Sabarodzi berkata, setibanya jentera di lokasi kejadian pada jam 4.03 petang, didapati berlaku kejadian lemas melibatkan tiga mangsa yang mana dua dikenali sebagai Darma, 14 dan Sarath, 16, manakala seorang lagi berusia 16 tahun belum dikenal pasti identitinya.

“Ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas semasa memancing dan mandi-manda di Sungai Sempit Segari,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga dikhuatiri lemas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI