Tiga dikhuatiri lemas

SITIAWAN – Tiga dikhuatiri lemas dalam kejadian di Kampung Acheh, Segari di sini sekitar jam 3.15 petang tadi, menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad.

Ujar beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 petang tadi.

“Terima makluman daripada 999 berlaku satu kes tiga mangsa lemas di Kampung Acheh, Segari-Sitiawan.

“Jentera bantuan BBP Pantai Remis telah diarah ke lokasi memandangkan jentera BBP Sitiawan sedang menghadiri kes api lalang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, operasi diketuai PBK II Muhamad Hanafi Mohamed Rasidi. -MG Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI