OPS SAPU: 47 warga asing ditahan Imigresen Perak

IPOH – Seramai 47 warga asing ditahan dalam serbuan oleh Imigresen Perak di sepuluh lokasi di sekitar daerah Hulu Perak, pada Selasa.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, operasi bermula sekitar jam 11 malam hingga jam 3.30 pagi tadi, membabitkan sembilan remis kediaman dan satu penempatan haram.

Katanya, operasi ‘OPS SAPU’ dilakukan hasil pemantauan dan risikan oleh Unit Risikan dan Bahagian JIM yang melibatkan 26 orang pegawai imigresen.

“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas 58 warga negara asing, seramai 40 olelaki dan tujuh wanita telah ditahan di lokasi yang berbeza.

“Kesemua 47 orang warga asing yang ditahan berusia antara 19 tahun sehingga 56 tahun dan mereka ditahan di Depot Imigresen Ipoh untuk  siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Imigresen (JIM) Perak melakukan serbuan ke 10 lokasi melibatkan sembilan premis kediaman dan satu penempatan haram, sekitar Hulu Perak. Foto IHSAN JIM PERAK

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 15(1) (c) serta dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“JIM Negeri Perak berharap masyarakat dapat membantu dengan membuat laporan atau aduan bagi membantu JIM membanteras kebanjiran PATI dalam negara ini.

“JIM juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji atau melindungi PATI termasuk pendakwaan di mahkamah,”katanya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI