Panggilan ‘ibu’ anak-anak Jaslinda undang sebak

TAPAH – Suasana sebak bercampur kegembiraan memenuhi ruang unit kecemasan Hospital Tapah apabila suami dan anak-anak pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, mencium dan memeluk wanita berkenaan.

Jaslinda yang dibawa menaiki kenderaan Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dari lokasi dia ditemui selamat tiba di perkarangan hospital pada jam 9.20 pagi.

Lebih menyentuh hati, suaminya terus memeluk dan mencium wanita berkenaan ketika dibawa keluar dari EMRS sebelum diikuti panggilan ‘ibu’ oleh anak-anak beliau yang turut memeluk dan mencium Jaslinda.

Wanita berkenaan kemudiaan dibawa masuk pasukan perubatan bagi mendapatkan rawatan.

Terdahulu Jaslinda ditemukan berhampiran di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Batu 8, Jalan Pahang, di sini, oleh penduduk kampung yang dikenali sebagai Nazri Bah Eng.

Jaslinda yang hilang sejak 15 hari lalu ditemui berjalan menyeberangi jambatan oleh seorang penduduk Orang Asli yang sedang memancing pada pukul 5.10 petang.

Dia kemudiannya di bawa ke rumah tok batin yang terletak kira-kira satu kilometer sebelum dijamu hidangan mi goreng, nasi berlaukkan ayam goreng dan ikan tengas serta ubi kayu. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jaslinda mohon maaf, ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI