Pelajar jatuh bangunan: JPN Perak jalankan siasatan dalaman

IPOH – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak memaklumkan siasatan dalaman sedang dijalankan bagi meneliti setiap aspek berkaitan insiden seorang pelajar yang dilaporkan terjatuh dari sebuah bangunan di sebuah sekolah di negeri ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan murid serta keluarga yang terlibat terus terpelihara.

“JPN Perak prihatin terhadap insiden seorang murid terjatuh bangunan di sebuah sekolah di negeri ini seperti yang dilaporkan media. Kes ini sedang berada dalam siasatan pihak polis dan kita memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan.

“Siasatan dalaman turut dilaksanakan bagi meneliti setiap perkara yang berkaitan. Pelajar terbabit kini sedang mendapat rawatan di hospital, semoga dikurniakan kesembuhan segera dan keluarga diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Tambahnya, JPN Perak telah mengambil tindakan dalam memberi bantuan terbaik serta memastikan kebajikan keluarga mangsa selain menyediakan sokongan psikososial warga sekolah yang terkesan.

Kenyataan itu turut meminta supaya masyarakat memberi ruang kepada siasatan pihak berkuasa dan menghormati sensitiviti keluarga yang sedang berhadapan ujian pada ketika ini.

“Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi keluarga murid berkenaan,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 mengalami kecederaan parah selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 2.49 petang sebelum pihak polis dan pasukan perubatan digerakkan ke lokasi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelajar Tingkatan 1 kritikal selepas terjatuh bangunan sekolah

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI