Penempatan Rohingya diserbu, 18 dibebaskan miliki kad UNHCR

BAGAN SERAI – Sebuah lokasi yang didakwa dijadikan penempatan etnik Rohingya di Kampung Parit Haji Ali di sini, telah diserbu pasukan polis dalam sebuah operasi bersepadu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, serbuan berkenaan dijalankan susulah video tular berhubung aduan penduduk yang merasa gusar dengan penempatan etnik Rohingya di kampung tersebut, baru -baru ini.

Menurut Juna, operasi berkenaan dijalankan bersama agensi lain antaranya Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1, Jabatan Imigresen, Pejabat Agama daerah Kerian, Pejabat Tanah dan Daerah serta Majlis Daerah Kerian.

“Pada 12 Dismeber 2023, lebih kurang jam 2 petang pihak polis daerah Kerian telah mengesan satu video tular di media sosial dan susulan dari aduan berkenaan pihak polis telah melancarkan operasi bersepadu.

Tangkap layar video di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai yang didakwa menjadi penempatan Rohingya diserbu pihak polis. Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku.
Tangkap layar video di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai yang didakwa menjadi penempatan Rohingya diserbu pihak polis. Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku.

“Hasil pemeriksaan terhadap 14 buah rumah di situ, pasukan pemeriksa mendapati terdapat seramai 19 orang warga Myanmar dan seorang lelaki tempatan berada di situ,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Juna berkata, ke semua 19 warga Myanmar dan lelaki tempatan kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bagi pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mendapati 18 orang warganegara Myanmar mempunya dokumen yang sah dan dibebaskan tanpa syarat.

“Bagaimanapun seorang lagi warga Myanmar tidak memiliki sebarang dokuman perjalanan yang sah dan ditangkap di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menangkap lelaki warga tempatan yang ditahan untuk siasatan lanjut atas kesalahan memiliki dadah. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis tahan 30 pelacur warga asing dalam serbuan tiga premis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI