Penjawat awam Perak terima bonus dua bulan gaji

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian itu akan diterima termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ) serta Pekerja Sambilan Harian.

Katanya ia sebagai penghargaan kerajaan negeri terhadap dedikasi penjawat awam Perak dalam memikul tugas dan amanah yang diberikan.

“Kerajaan negeri sentiasa menyanjung tinggi jasa dan komitmen penjawat awam sebagai tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran kerajaan.

“Bayaran penuh BKK itu akan dibuat pada 20 Disember ini,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, pada Jumaat.

Selain itu, Saarani mengumumkan bayaran BKK turut dipanjangkan kepada semua ketua kampung bagi lantikan sebelum 15 Disember pada kadar RM400 seorang. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024: RM188.1 juta untuk JKR, naik taraf jalan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI