Perak catat lebihan kewangan 4 tahun berturut-turut, bukti pentadbiran stabil – MB

KUALA LUMPUR – Pelbagai tuduhan, fitnah dan persepsi negatif yang dilemparkan terhadap Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tiga tahun tidak terbukti sebaliknya rekod prestasi khususnya di Perak menunjukkan kestabilan pentadbiran, pemulihan fiskal kukuh serta pelaksanaan pembangunan berimpak tinggi untuk rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan, sepanjang tempoh tersebut kerajaan diasak dengan pelbagai serangan politik namun kekal teguh mempertahankan prinsip tanpa menggadaikan agama, bangsa dan negara sebaliknya menjawab segala tohmahan melalui hasil kerja dan pencapaian.

Menurutnya, UMNO Perak berjaya mengemudi negeri daripada defisit RM78 juta pada 2020 kepada lebihan kewangan (surplus) selama empat tahun berturut-turut selain mencatat hasil melebihi RM1 bilion dalam tempoh sama walaupun berdepan krisis Covid-19.

“Kekuatan kewangan tersebut membolehkan Perak membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah selama dua tahun berturut-turut yang akhirnya diterjemahkan kepada pelbagai inisiatif serta bantuan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Konvesyen Ulang Tahun UMNO ke-80 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak turut menjelaskan, syiar Islam di Perak tidak pernah dipinggirkan malah peruntukan untuk agama Islam terus ditingkatkan setiap tahun sebagai bukti komitmen kerajaan negeri.

Pada masa sama, beliau berkata, pembangunan masa depan negeri diperkukuh menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti Automotive High-Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim, Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) di Manjung, Halal Industrial Park di Lekir, Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kanthan serta Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Kerian.

Perak, katanya, turut meletakkan agenda Perak Koridor TVET Negara sebagai fokus utama dalam memperkasa p endidikan dan kebolehpasaran tenaga kerja anak muda, selari dengan agenda Majlis TVET Negara.

Saarani berkata, pencapaian di Perak turut mencerminkan kejayaan UMNO di negeri-negeri lain seperti Pahang, Melaka dan Johor yang turut menikmati kestabilan pentadbiran serta manfaat pembangunan kepada rakyat.

“UMNO bukan sekadar mentadbir tetapi mentadbir dengan tertib, disiplin dan hasil yang boleh diukur,” katanya.

Beliau menegaskan, kekuatan UMNO bukan terletak pada retorik sebaliknya pada kemampuan menyelesaikan masalah rakyat serta membawa manfaat secara berterusan.

Dalam pada itu, UMNO kekal berpegang kepada Fasal 3 Perlembagaan parti yang memperuntuk perjuangan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan serta menjunjung kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai payung negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI