‘Perak GoGoGo’ dilancar, usaha tarik pelancong China

IPOH – Kerajaan Negeri Perak melancarkan laman sesawang pelancongan negeri berbahasa Cina, ‘Perak GoGoGo’, pada Jumaat, sebagai usaha merancakkan kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, inisiatif tersebut bertujuan menarik minat kehadiran lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, terutama dari China.

“Kita sudah ada banyak laman sesawang pelancongan negeri yang menggunakan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu.

“Cuma, untuk usaha ini kita adakan bagi memperkasakan sektor pelancongan tempatan dengan memberi tumpuan kepada pasaran Bahasa Cina.

Paparan skrin laman sesawang pelancongan Negeri Perak berbahasa Cina, “Perak GoGoGo” yang dilancarkan pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2023.
Perak GoGoGo pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024 Tahun Melawat Perak Perak GoGoGo pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024 Tahun Melawat Perak Perak GoGoGo pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024 Tahun Melawat Perak
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee hadir pada program Pelancaran Laman Web “Perak GoGoGo” dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Pelancongan 2023 di Bangunan Perak Darul RIdzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2023.

“Ia bukan sahaja dapat menarik minat kehadiran lebih ramai pelancong domestik ke Perak, malah ia juga akan menarik minat kedatangan pelancong-pelancong luar yang berbahasa Cina seperti di Negara China,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Laman Sesawang Pelancongan Negeri berbahasa Cina, ‘Perak GoGoGo’, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Program bersempena dengan kempen Tahun Melawat Perak 2024 itu turut dihadiri, Pengurus Besar Tourism Perak, Zuraida Md Taib.

Inisiatif laman sesawang itu diadakan melalui kerjasama bersama Media Chinese International Limited Group (MCIL) yang mana ia melibatkan akhbar berbahasa Cina tempatan dan antarabangsa.

Selain gambar dan artikel pendek berkenaan tempat dan produk pelancongan di Perak, laman sesawang Perak GoGoGo juga mengandungi video-video pelancongan yang di Ipoh sebagai tumpuan utama serta destinasi wajib untuk dikunjungi.

Perak GoGoGo pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024 Tahun Melawat Perak Perak GoGoGo pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024 Tahun Melawat Perak Perak GoGoGo pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024 Tahun Melawat Perak Perak GoGoGo pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024 Tahun Melawat Perak Perak GoGoGo pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024 Tahun Melawat Perak Perak GoGoGo pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024 Tahun Melawat Perak
Paparan skrin laman sesawang pelancongan Negeri Perak berbahasa Cina, “Perak GoGoGo” yang dilancarkan pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 DISEMBER 2023.

Tambah Sze Yee, usaha itu juga dilihat selari dengan usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk meluaskan pasaran produk pelancongan ke China.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Perak dalam perancangan untuk mendapatkan laluan penerbangan terus antara Ipoh dengan Negara China.

Katanya ini kerana, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini hanya mempunyai satu-satunya penerbangan antarabangsa iaitu ke Singapura.

“Kita sedang usaha untuk mempunyai ‘pintu masuk’ secara terus ke China, kerana setakat ini kita tidak mempunyai sebarang laluan penerbangan antara Ipoh dengan negara itu.

“Jadi, ini adalah kekangan kita di Perak untuk mendapatkan lebih ramai kunjungan pelancong dari China ke negeri ini,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024: RM21.2 juta untuk TMP 2024

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI