Pergelangan tangan parah tersepit mesin pengisar rumput

TAPAH – Seorang lelaki cedera selepas pergelangan tangan kirinya tersepit dalam mesin pengisar (shredder) rumput di Jalan Kampung Samy, di sini petang Jumaat.

Kejadian itu dipercayai berlaku sewaktu mangsa sedang memberi makanan kepada lembu ternakan miliknya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.19 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi.

“Setibanya jentera di tempat kejadian didapati seorang mangsa tersepit di bahagian tapak tangan kiri pada mesin pengisar yang dikhaskan untuk menghancurkan rumput untuk dijadikan makanan lembu.

“Komander Operasi membuat size up dan mengarahkan anggota menggunakan mesin grinder untuk memotong sebahagian besi bagi mengeluarkan tangan mangsa.

“Mangsa berusia 58 tahun itu turut mengalami kecederaan parah di kelima-lima jari tangan kirinya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Penolong Bomba Kanan II, Fadzril Md Noor itu tamat sepenuhnya pada jam 4.30 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal maut, penumpang wanita cedera tersepit

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI