PERKEP Perak santuni pegawai, anak anggota polis uzur

MANJUNG – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak mengadakan lawatan kebajikan dan menyantuni pegawai polis, serta dua anak pegawai dan anggota yang uzur, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, lawatan oleh 15 ahli PERKEP Perak itu diketuai Pengerusi, Datin Wanita Wari.

Katanya, dalam lawatan itu, Asisten Superintenden Mohd Zulkifli Daud dari Bahagian Perlesenan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung disantuni di kediamannya di Kampung Jering, Ayer Tawar.

“Mohd Zulkifli menghidapi penyakit barah kelenjar pankreas dan masih menjalani cuti sakit daripada bertugas.

“Beliau juga masih menjalani rawatan berkala kemoterapi di Hospital Beacon Petaling Jaya, Selangor,” katanya, pada Isnin.

PERKEP Perak santuni pegawai anak anggota polis uzur menyantuni Azizi
Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak, Datin Wanita Wari menyantuni keluarga Asisten Superintenden Mohd Zulkifli Daud yang menghidapi penyakit barah kelenjar pankreas.

Ujar Azizi, PERKEP Perak turut melawat dan menyantuni dua anak pegawai serta anggota polis di Kuarters Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Mereka adalah, Nurfarah Najua, 18, anak kepada kepada Koperal Hajizol Tahm dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Manjung serta Danish Haikal Fahruzziat, 15, anak kepada Asisten Superintenden Fahruzziat Zakaria dari Cawangan Khas IPD Manjung.

Azizi memberitahu, Nurfarah mengalami kecacatan fizikal, tidak mampu menguruskan diri sendiri serta hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda khas.

“Sementara Danish Haikal mengalami kecederaan fizikal dengan menyebabkan dia tidak boleh untuk bergerak sendiri.

“Remaja itu juga sedang mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Manjung,” katanya lagi.

Tambah beliau, lawatan tersebut diadakan bagi memberi sokongan moral serta tanda prihatin PERKEP Perak kepada pegawai, anggota serta ahli keluarga yang sedang mengalami keuzuran.

“Dalam kesibukan tuntutan tugas para suami, PERKEP sebagai tulang belakang mengambil inisiatif menyantuni warga Polis Perak dengan mendekati dan menziarahi mereka yang berdepan kesukaran,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Hasbullah dilantik Ketua Polis Daerah Manjung baharu

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI