PM minta maaf tak dapat bersama bahas Laporan RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji hari ini dan mendoakan agar persidangan berjalan lancar.

Beliau bagaimanapun akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara, kata Setiausaha Akhbar Kanan Kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 pada Isnin lalu.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan,” kata Tunku Nashrul.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI