Polis kesan saksi kes mahkamah Kamariah Idris

TAIPING – Polis mengesan saksi, Kamariah Idris untuk hadir ke mahkamah berhubung perbicaraan kes di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, Kamariah, 60, adalah saksi pembelaan bagi kes perbicaraan mengikut Seksyen 14 (a) akta tersebut.

Beliau berkata, alamat terakhir wanita warga emas itu adalah di Jalan Pasar, Kuantan Pahang.

“Polis Kerian memohon kerjasama orang ramai yang mengenali penamaan terbabit supaya memberitahu bahawa dia adalah saksi penting pembelaan.

“Dia dikehendaki hadir ke Mahkamah Sesyen 1 Taiping pada 9 dan 31 Mei ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Fernandes di talian 019-8673 515 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7215 222. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lempar bom petrol KK Mart Bidor: Tujuh saksi tampil beri keterangan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI