Polis masih kesan suspek laku khianat terhadap Safiq Rahim

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang giat mengesan suspek yang terlibat melakukan khianat terhadap pemain sepak Johor Darul Takzim (JDT) Safiq Rahim dalam kejadian malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat dan motif kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara kurang daripada setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu dalam kenyataan itu, Raub berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan dalam kejadian 10.05 malam itu,

” Pihak polis kini sedang berusaha mengenalpasti saksi-saksi untuk membantu polis dalam insiden berkenaan, hanya cermin besar bahagian belakang kereta pecah.

“Kenderaan mangsa didapati tidak pasang dashcam,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI