Premis barangan bayi mohon maaf susulan tular anjing dalam troli

TELUK INTAN – Sebuah premis barangan bayi di sini, memohon maaf kepada pelanggan selepas tular kejadian seorang pelanggan meletakkan seekor anjing di dalam troli ketika membeli-belah di premis tersebut.

Pihak pengurusan dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan segera telah diambil sebaik sahaja insiden itu disedari dengan memaklumkan kepada pelanggan wanita berkenaan haiwan peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam premis tersebut.

Katanya, pelanggan tersebut juga telah diminta untuk membawa anjing berkenaan keluar dengan segera.

Menurut kenyataan itu, pihaknya memandang serius kejadian yang berlaku susulan kebimbangan pelanggan beragama Islam berkaitan aspek kebersihan dan kesucian.

“Sejak kejadian tersebut, pihak pengurusan telah mengambil langkah mendapatkan nasihat dan panduan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Hilir Perak berhubung proses pembersihan yang sewajarnya.

“Premis kami akan ditutup sementara pada 5 Ogos 2026 bagi membolehkan proses pembersihan dilaksanakan mengikut panduan yang diberikan dan hanya akan dibuka semula selepas proses tersebut selesai,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak pengurusan turut memohon maaf atas kebimbangan, ketidakselesaan serta kesilapan yang berlaku dan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut.

“Kami dengan setulus hati memohon maaf atas kebimbangan, ketidakselesaan dan kesilapan yang berlaku dan kami mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap insiden ini dan amat kesal atas kejadian tersebut,” katanya.

Insiden berkenaan sebelum ini tular di media sosial selepas gambar seekor anjing diletakkan di dalam troli dipercayai di sebuah premis barangan bayi mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI