PRK Ayer Kuning: PN muktamad calon selepas 20 Mac – Sanusi

TAPAH – Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan calon untuk mewakili parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning selepas 20 Mac ini.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat ini pihaknya masih meniti senarai nama yang dikemukakan sebagai calon.

Tanpa mengulas secara terperinci, beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Operasi PN di PRK DUN Ayer Kuning memberitahu, calon yang akan diketengahkan kelak juga merupakan calon tempatan.

PN calon PRK Ayer Kuning 2025 Perikatan Nasional PRK Ayer Kuning Sanusi calon PRK Ayer Kuning PRK Ayer Kuning 2025 calon tempatan PRK Ayer Kuning tarikh penting Keputusan PRU15 DUN Ayer Kuning
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berucap pada Pelancaran Jentera PN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Padang Awam Tapah Road, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 MAC 2025.

“Senarai calon (yang kita terima) ada banyak, cuma senarai pendek belum ada lagi. Nama-nama yang diterima merangkumi pelbagai latar belakang.

“Ada nama pemuda, wanita, orang tua (calon veteran), dan sebagainya. Oleh itu kita akan (meneliti dan) mempertimbangkan (nama yang sesuai sebagai calon) sebaik-baiknya.

“Sudah berpuluh tahun kita berada dalam pelbagai pilihan raya, dan oleh itu parti memang ada pengalaman untuk pilih calon (yang terbaik),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PN PRK DUN Ayer Kuning di Padang Awam Tapah Road, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Naib Presiden BERSATU merangkap Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Ketua Wanita PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

PN calon PRK Ayer Kuning 2025 Perikatan Nasional PRK Ayer Kuning Sanusi calon PRK Ayer Kuning PRK Ayer Kuning 2025 calon tempatan PRK Ayer Kuning tarikh penting Keputusan PRU15 DUN Ayer Kuning
Suasana sekitar Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Padang Awam Tapah Road, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 MAC 2025.

Mengulas lanjut secara ringkas, Muhammad Sanusi yakin individu yang akan diketengahkan nanti merupakan calon terbaik untuk memenangkan parti pada PRK DUN Ayer Kuning April depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.

Beliau yang meraih 9,088 undi mendahului calon Pakatan Harapan (PH) (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanah Air (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Semua calon BN PRK Ayer Kuning punyai kekuatan tersendiri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI