Pulang pada hari akhir cuti Aidilfitri, elak kesesakan trafik

IPOH – Hari terakhir cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri menyaksikan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke ibu kota bergerak lancar namun sedikit sesak di beberapa lokasi.

Kenderaan dilihat banyak serta bergerak perlahan di sesetengah lokasi di lebuh raya tersebut antaranya Tapah, Sungkai dan Slim River.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di Hentian Sebelah Simpang Pulai arah selatan mendapati orang ramai mengambil peluang singgah di kawasan tersebut untuk berehat, mengisi minyak serta menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kediaman masing-masing.

Pulang pada hari akhir cuti Aidilfitri, elak kesesakan trafik
Guru, Nurul Rasyidah Ramli, 30, ketika temubual bersama MG Perak di Hentian Sebelah Simpang Pulai arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2025.

Nurul Rasyidah Ramli, 30, berkata, dia bersama kakak dan adiknya memilih untuk pulang ke ibu kota pada hari ini memandangkan keadaan trafik di lebuh raya lebih lancar berbanding beberapa hari lalu.

Dia  berkata, setiap tahun mereka tiga beradik akan pulang ke kampung halaman mereka di Parit Buntar bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Kami balik kampung untuk beraya dari Selangor ke Perak dan mengambil masa tiga jam lebih pada Jumaat minggu lalu.

Pulang pada hari akhir cuti Aidilfitri, elak kesesakan trafik
Orang ramai mengambil peluang singgah di Hentian Sebelah Simpang Pulai arah selatan untuk berehat, mengisi minyak serta menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kediaman masing-masing selepas pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Utara-Selatan, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2025.

“Perjalanan lancar dan tiada kesesakan berlaku di lebuh raya. Memandangkan kami bertiga bertugas sebagai guru, kami memanfaatkan cuti persekolahan selama seminggu untuk beraya di kampung.

“Keadaan trafik di lebuh raya pada hari ini  InshaALLAH dijangka tidak sesak,” katanya yang sudah empat tahun bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Sentul.

Pulang pada hari akhir cuti Aidilfitri, elak kesesakan trafik
Penjawat awam, Saiful Nizam Said, 32, ketika temubual bersama MG Perak di Hentian Sebelah Simpang Pulai arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2025.

Penjawat awam, Saiful Nizam Said, 32, pula berkata, dia bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuala Lipis, Pahang dari Pantai Remis.

Katanya, setiap tahun dia dan isteri bergilir-gilir untuk menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

“Pada tahun ini, raya pertama kami sambut di Pahang kemudian raya kedua, kami pulang ke kampung isteri di Pantai Remis.

Pulang pada hari akhir cuti Aidilfitri, elak kesesakan trafik
Orang ramai mengambil peluang singgah di Hentian Sebelah Simpang Pulai arah selatan untuk berehat, mengisi minyak serta menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kediaman masing-masing selepas pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Utara-Selatan, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2025.

“Sewaktu di Pahang, keadaan trafik di kampung saya memang tidak sesak memandangkan ia terletak di kawasan Felda tetapi jalan Kuala Lipis menuju ke Kelantan memang sesak teruk.

“Kami sekeluarga memang bercadang untuk balik pada hari terakhir cuti perayaan ini kerana saya nampak keadaan lebuh raya tidak sesak dan perjalanan agak lancar,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Tinjauan Kesesakan Trafik Lebuhraya Utara Selatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI