Rangka manusia bersama motosikal ditemui dalam longkang di WCE

BAGAN DATUK – Satu rangka manusia bersama sebuah motosikal ditemui di dalam longkang di Kilometer 155.7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, penemuan itu dilaporkan kepada polis pada jam 3.39 petang selepas pekerja pembersihan yang sedang menjalankan kerja memotong rumput di kawasan berkenaan terhidu bau busuk.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kemudian menemukan satu rangka manusia bersama sebuah motosikal di dalam longkang.

“Siasatan awal percaya mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Teluk Intan menghala ke Sabak Bernam sebelum dipercayai terbabas ke kiri jalan dan terjatuh ke dalam longkang.

“Mangsa dipercayai tidak menerima sebarang bantuan sehingga kejadian itu disedari oleh pekerja pembersihan yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut menemui beberapa barangan peribadi dipercayai milik mangsa, termasuk sebuah telefon bimbit, pasport Malaysia dan wang tunai.

Rangka manusia bersama motosikal ditemui dalam longkang di WCE
Berdasarkan maklumat yang dikongsi orang ramai di media sosial, mangsa dikenali sebagai Nadzirul Syamin Mahyudin dari Kampung Batak Rabit, Teluk Intan dipercayai menghilangkan diri sejak lima hari lalu tanpa jejak. Foto Media Sosial

“Hasil semakan lanjut mendapati satu laporan polis berhubung kehilangan seorang lelaki telah dibuat oleh ahli keluarganya di Balai Polis Teluk Intan pada 5 Ogos lalu.

“Rangka manusia yang ditemui dipercayai milik seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai lalu,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesahkan identiti mangsa serta melengkapkan siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Normah Abu Hassan di talian 010-5364619.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang dikongsi orang ramai di media sosial, mangsa dikenali sebagai Nadzirul Syamin Mahyudin dari Kampung Batak Rabit, Teluk Intan dipercayai menghilangkan diri sejak lima hari lalu tanpa jejak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sampel DNA keluarga bekas ADUN Pasir Bedamar diambil susulan penemuan rangka manusia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI