DALLAS – Pemain gantian, Mikel Merino memusnahkan impian pemain sensasi dunia, Cristiano Ronaldo tanpa menjulang Piala Dunia dalam kariernya selepas membawa Sepanyol ke suku akhir menewaskan Portugal 1-0, sebentar tadi.
Gol lewat pada minit ke-91 membuatkan penampilan terakhir Ronaldo di pentas Piala Dunia berakhir dengan kekecewaan.
Sebelum ini, penyerang berusia 41 tahun yang kini beraksi di Arab Saudi itu sudah mengesahkan bahawa kejohanan kali ini adalah penampilan terakhirnya di pentas terbesar bola sepak dunia, semalam.
Juara Eropah itu akan bertemu sama ada Amerika Syarikat (AS) atau Belgium di Los Angeles, awal pagi Sabtu ini.
Beraksi di hadapan 70,649 penonton di stadium milik pasukan NFL, Dallas Cowboys, kedua-dua seteru Eropah itu turun tanpa sebarang kekalahan dalam kejohanan selain Sepanyol pula masih belum melepaskan sebarang gol. – Agensi


