Saarani rasmi Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0

TANJUNG MALIM – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0 di Dewan Panggung Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah serta Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Karnival berkenaan menghimpunkan lebih daripada 900 mahasiswa anak Perak daripada pelbagai institusi pengajian tinggi serta pelajar Tingkatan Enam dari seluruh negara.

Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0 Keyphrase synonyms: Karnival Siswa Perak Sejahtera, program mahasiswa Perak, karnival mahasiswa anak Perak, program belia Perak Sejahtera Related keyphrase: Saarani Mohamad mahasiswa Perak Perak Sejahtera 2030 mahasiswa anak Perak program belia dan mahasiswa Perak Karnival Siswa UPSI
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0 di Dewan Panggung Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 SEPTEMBER 2026.

Ketika berucap, Saarani berkata, Perak Sejahtera 2030 yang digagaskan kerajaan negeri merupakan pelan pembangunan bagi membentuk negeri Perak yang makmur dan sejahtera untuk diwarisi generasi muda sebagai peneraju negeri pada masa hadapan.

Terdahulu Khairudin dalam ucapan aluan berkata, anak muda Perak khususnya mahasiswa perlu memainkan peranan sebagai rakan strategik kerajaan negeri dalam usaha memastikan agenda pembangunan terus bergerak maju dan memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata, generasi muda tidak seharusnya hanya menjadi pemerhati, sebaliknya perlu bersama-sama menyumbang pandangan, idea dan tenaga dalam membentuk masa depan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir merasmikan Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0 di Dewan Panggung Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 SEPTEMBER 2026.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerima cenderahati pada majlis perasmian Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0 di Dewan Panggung Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 SEPTEMBER 2026.

“Anak-anak mungkin datang daripada kampus dan latar belakang yang berbeza, malah mungkin juga mempunyai pandangan dan aspirasi yang berbeza.

“Namun harus diingat, kita berkongsi negeri yang sama dan tanggungjawab yang sama untuk melihat Perak terus maju dan makmur dibawah gagasan Perak Sejahtera 2030,” katanya.

Khairudin berkata, penglibatan generasi muda juga selari dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menekankan kepentingan pembangunan inklusif dan memberi ruang kepada golongan muda untuk terlibat dalam perjalanan kemajuan negeri.

“Pelan Perak Sejahtera 2030 membawa satu mesej penting, yang mana pembangunan negeri mesti dirasai oleh rakyat dan generasi muda mesti mempunyai tempat dalam perjalanan tersebut,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, penganjuran karnival yang kini memasuki tahun ketiga itu menjadi platform penting dalam menghimpunkan golongan muda berteraskan semangat dan tekad untuk menyumbang kepada negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyantuni pelajar ketika hadir merasmikan Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0 di Dewan Panggung Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 SEPTEMBER 2026.

Kata beliau, program berkenaan turut membuka ruang kepada peserta untuk bertukar pandangan, berkongsi idealisme serta menyuarakan aspirasi agar pandangan golongan muda dapat diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

“Karnival Siswa Perak Sejahtera 3.0 merupakan kesinambungan daripada program Jelajah Mahasiswa di bawah kerajaan negeri.

“Pada 17 Ogos yang lalu, Menteri Besar Perak turut bersama 200 mahasiswa Anak Perak di Shah Alam. Selepas ini, pada 21 September nanti, kita akan berjumpa dengan anak-anak muda Perak yang menuntut di Kolej Matrikulasi Gopeng,” katanya lagi.

Khairudin berkata, program mendekati mahasiswa dan golongan muda akan diteruskan apabila beliau dijadual turun bertemu pelajar di Kolej Komuniti serta Giat MARA di seluruh Perak pada Oktober dan November depan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak Sejahtera ASEAN Youth Conference 2026, buka ruang belia perkasa kepimpinan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI