Saarani sebak ketika bentang Belanjawan Perak 2024

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebak dan menitiskan air mata ketika membentangkan Belanjawan Perak 2024, pada Jumaat,.

Ketika menyentuh fokus pertama belanjawan iaitu Kesejahteraan Rakyat, ucapan Saarani sedikit terganggu apabila membacakan teks dalam keadaan sebak sebelum mengesatkan air mata.

“Sepanjang program turun padang berdampingan dengan rakyat termasuk ketika Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak, banyak kisah-kisah suka duka rakyat yang menyentuh emosi.

“Jerih perih dan resah gelisah rakyat menempuh kehidupan yang kian mencabar mengetuk hati saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran kerajaan untuk terus berikhtiar mencari jalan bagi meringankan beban hidup rakyat,” katanya dalam nada sebak.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, pada Jumaat.

Saarani berkata menerusi belanjawan itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM384.1 juta untuk melaksanakan pelbagai program dan inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Menteri Besar membentangkan Belanjawan Perak 2024 berjumlah hampir RM1.35 billion, tertinggi dalam sejarah dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM856 juta dan pembangunan RM491 juta.

Belanjawan yang bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ itu merangkumi lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan, kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan serta pembangunan modal insan dan belia. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 RM1.35 bilion tertinggi dalam sejarah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI