‘Saya tahu isteri saya kuat’ – Suami Jaslinda

TAPAH – Suami kepada Jaslinda Saludin, Haszman Othman, 61, bersyukur selepas isterinya yang hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu ditemukan dalam keadaan selamat.

Haszman berkata, itu juga merupakan antara perkataan pertama yang diucapkannya dengan Jaslinda sebaik isterinya tiba di Hospital Tapah dengan dibawa Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Tapah pada jam 9.20 malam.

“Ayat pertama (saya) syukur. (Kata-kata) yang lain biar antara saya dengan dia.

“Macam saya katakan tadi, saya tahu orang rumah saya. Saya tahu dia kuat,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah, pada Sabtu.

Pada masa sama, dia turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda selama dua minggu.

“Terima kasih kepada pihak bomba, polis, badan bukan kerajaan (NGO), badan-badan berkanun dan masyarakat Orang Asli, serta pihak yang menyediakan penginapan untuk kami sekeluarga.

“Dalam waktu-waktu sukar, kita berjaya mengharungi dengan sokongan ahli keluarga,” katanya lagi.

Jaslinda yang sebelum ini hilang 15 hari ditemukan selamat di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh, di sini, pada petang Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata pendaki wanita itu ditemukan kira-kira jam 3 petang tadi oleh penduduk, Nazri Bah Eng yang kemudian memaklumkan kepada anak saudaranya yang berada di Johor. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Panggilan ‘ibu’ anak-anak Jaslinda undang sebak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI