Selepas Enam Tahun Hasnul Zulkarnain Kembali ke Pangkuan Amanah

28

IPOH – Bekas EXCO Kerajaan Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim disahkan kembali menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) selepas enam tahun meninggalkan parti berkenaan susulan kemelut politik yang melanda negara pada 2020.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi ketika Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Tambun 2026 di sini pada Ahad.

Asmuni berkata, hasrat Hasnul untuk kembali menyertai Amanah sebenarnya telah disuarakan sejak sekian lama, namun permohonan tersebut hanya diproses selepas melihat kepada perkembangan politik semasa yang membolehkan ia dipertimbangkan semula. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini