Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen

IPOH – Terkejut dengan kehadiran anggota penguat kuasa, seorang wanita warga Indonesia bertindak bersembunyi di bawah katil ketika Op Bersepadu di Rumah Pangsa Panorama Lapangan Perdana tengah malam tadi.

Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak itu bermula 11. 50 malam hingga 2.30 pagi tadi.

Pengarah JIM Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 53 unit rumah dan 68 warga asing.

“Hasil pemeriksaan kita telah mengesan 23 daripadanya membabitkan 14 lelaki, lima perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia serta seorang lelaki warga Myanmar, berusia dua tahun hingga 50 tahun,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi selepas operasi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua daripada mereka tinggal lebih masa, 20 orang didapati tiada dokumen sah dan seorang ditahan kerana melindungi pendatang asing.

Meor Hezbullah berkata pihaknya turut menyeru pemilik rumah supaya menyemak dokumen atau permit warga asing sebelum menyewakan premis mereka.

“Jika kita dapati mereka (pemilik premis) bertindak menyewakan rumah kepada warga asing yang melanggar Akta Imigresen maka kita boleh ambil tindakan kepada tuan rumah mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63,” katanya sambil menambah kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ipoh untuk siasatan lanjut.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI