Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Perak

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Stadium Indera Mulia di sini, pada Rabu.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Keberangkatan tiba Sultan Nazrin dan Tuanku pada jam 3.10 petang disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta isteri, Datin Seri Aezer Zubin.

Turut menyambut keberangkatan baginda berdua, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Dianggarkan 20,000 pengunjung daripada berbilang kaum mula menghadiri acara tahunan kerajaan negeri itu seawal jam 2 petang.

Antara juadah yang disediakan pada majlis adalah, ketupat, lemang, rendang, kebab, sate serta minuman.

Pada majlis, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni rumah anak yatim dan pusat jagaan.

Mereka terdiri daripada Pusat Jagaan Darus Salam Ipoh; Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman; Pusat Jagaan Yayasan Amanah An-Nur Maisarah serta Pusat Jagaan Persatuan Anak-Anak Yatim Soleha Tanjung Tualang.

Sebelum berangkat pulang, kedua-dua baginda berkenaan berangkat meninjau peniaga dan orang ramai yang hadir di perkarangan Stadium Indera Mulia. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak berkenan solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI