Sultan Perak rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar 

KUALA KANGSAR -Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Dihilir Perak,  Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama mengiringi baginda Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad barisan Exco Kerajaan Perak; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha.

Majlis dimulakan dengan lagu kebesaran negeri Perak diikuti bacaan ayat al-Quran dan doa sebelum Sultan Nazrin menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak perasmian klinik berkenaan di atas pentas utama.

Sultan Perak rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar 
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Foto : Abdullah Yusof

Sementara itu, Dzulkefly dalam ucapannya berkata, Klinik Kesihatan Kuala Kangsar  yang terletak berhampiran bandar Taiping mula dibina pada 2016 di atas tanah seluas 2.02 hektar dan beroperasi sepenuhnya pada 4 Januari 2021 membabitkan kos pembinaan sebanyak RM20.75 juta.

Menurutnya, sejak mula operasi, jumlah pengunjung telah meningkat daripada 300 hingga 400 orang sehari pada tahun 2021, kepada antara, 500 hingga 700 orang sehari pada tahun 2023.

“Klinik Kesihatan Kuala Kangsar menyediakan perkhidmatan kesihatan primer ini meliputi mukim Kota Lama Kiri, mukim Kota Lama Kanan, mukim Sayong dan mukim Senggang dengan anggaran populasi 60,000 orang.

“Pelbagai perkhidmatan holistik disediakan di Klinik Kuala Kangsar meliputi perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan; perkhidmatan kaunseling oleh Pegawai Psikologi; makmal perubatan; farmasi dan perkhidmatan x-ray dan rehabilitasi.

“Paling utama sekali dalam konteks hari ini adalah Klinik Kesihatan Kuala Kangsar turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak; saringan kesihatan termasuklah saringan kesihatan PeKa B40 dan Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional (atau NHSI),” katanya.

Sultan Perak rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar
Klinik Kesihatan Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 JUN 2024.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan dan perubatan, dua orang pakar perubatan keluarga telah ditempatkan di klinik ini bersama 111 anggota pelbagai jawatan berserta seorang pakar periodontik bersama 37 anggota pelbagai jawatan untuk Klinik Pergigian.

“Perkhidmatan di luar fasiliti turut disediakan bagi meningkatkan  capai kumpulan tertentu; iaitu melalui Pasukan Kesihatan Sekolah dan Pasukan Penjagaan Domisiliari bagi mereka yang memerlukan penjagaan di rumah,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI