Syarikat elektronik Jepun mahu tambah pelaburan di Perak – Saarani

PARIT BUNTAR – Sebuah syarikat elektronik dari Jepun yang telah membuka cawangannya di Negeri Perak, Murata Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd dijangka menambah nilai pelaburan terdekat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia susulan lawatan kerja Delegasi Kerajaan Negeri ke Jepun dan Korea Selatan baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nilai pelaburan berkenaan kerana ia masih di peringkat awal.

Syarikat elektronik Jepun mahu tambah pelaburan di negeri Perak MB Perak menteri besar perak datuk seri Saarani
Menteri Besar Perak, merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 APRIL 2024.

“Syarikat Murata yang sudah ada pelaburannya (membuka cawangan) di Bemban (Batu Gajah), bersetuju untuk datang menambah pelaburannya.

“Saya tidak dapat memastikan nilainya, namun itulah yang akan berlaku disebabkan mereka sudah bertapak di Perak,” katanya.

Syarikat elektronik Jepun mahu tambah pelaburan di negeri Perak MB Perak menteri besar perak datuk seri Saarani
Menteri Besar Perak, merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 APRIL 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan Daerah Kerian serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Kerian Permai, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa serta barisan kepimpinan pelbagai peringkat PH dan Barisan Nasional (BN) Negeri.

Dalam pada itu, Saarani mengulangi, akan ada lawatan timbal balik daripada delegasi dua negara berkenaan susulan mereka mula menunjukkan minat untuk menguatkan kerjasama dengan Negeri Perak.

Menteri Besar Perak, merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 APRIL 2024.

“Kita jemput mereka datang dan pada bulan Mei dan Jun untuk mengadakan lawatan, rentetan daripada (lawatan kerja delegasi kita ke) Korea Selatan dan Jepun.

“Dalam lawatan berkenaan kita akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung lokasi, polisi serta dasar bagi memudahkan urusan pelaburan ke Negeri Perak,” ujar beliau.

Sebelum ini, Saarani bersama delegasi kerajaan negeri mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan dan Jepun bermula 20 hingga 27 April.

Antara kejayaan lawatan kerja berkenaan adalah, sebuah syarikat Korea Selatan mula menunjukkan minat dalam industri produk hiliran unsur nadir bumi (REE), serta kerjasama dengan syarikat di Jepun dalam meneroka projek pembangunan projek solar di Perak. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

REE: Syarikat Korea minat jalan kerjasama -Saarani

Majuperak, Shizen teroka pembangunan tenaga solar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI