Tiada caj dikenakan kepada pengunjung di pantai Teluk Senangin – MPM

MANJUNG – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak mengenakan sebarang caj kepada pengunjung di sekitar kawasan pesisir pantai Teluk Senangin, dekat sini.

Yang Dipertua MPM Muhammad Faizal Shah Safian Suri berkata, ia termasuk aktiviti bersantai, tapak perkelahan, membentangkan tikar dan sebagainya.

Katanya, ini kerana Teluk Senangin merupakan pantai peranginan yang terbuka untuk orang awam.

“Pantai Teluk Senangin adalah hak milik awam dan harus dinikmati oleh semua tanpa sebarang bayaran tambahan.

“Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengenakan sebarang caj kepada orang awam, aduan boleh dibuat kepada Majlis Perbandaran Manjung,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pantai Teluk Senangin tiada caj pengunjung MPM Manjung
Tangkap layar hantaran media sosial yang mendakwa ada dikenakan caj ketika berkunjung di pantai Teluk Senangin.

Terdahulu tular di media sosial satu hantaran pada kumpulan Facebook ‘Manjung Sitiawan’ dengan mendakwa dikenakan caj untuk berkelah dan membentangkan tikar di pantai Teluk Senangin.

Hantaran itu turut dikongsi pengguna Facebook lain dengan mendakwa wujud caj untuk memasang khemah berkelah, memancing dan parkir di kawasan tumpuan pelancong itu. – MPM

Artikel Berkaitan:

390 kg sampah dikutip di pantai Teluk Senangin

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI