TIC meterai MoU bersama tujuh rakan strategik, universiti

IPOH – TAJ International College (TIC) bersama tujuh rakan strategik dan universiti menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi program Gerak Generasi Baru (GGB).

Tujuh rakan strategik iaitu Majlis Pengetua Kinta Utara& Kinta Selatan, Majlis Kaunselor Kinta Utara& Kinta Selatan, Majlis Sukan Sekolah Daerah Kinta Utara, Majlis Belia Negeri Perak, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak, Universiti Automotif DBR-HICOM dan Universiti Geomatika akan menjalin kerjasama erat bagi menjayakan program tersebut.

Pengerusi Eksekutif TIC, Tina Tajuddin berkata, Program GGB yang dilancarkan hari ini bertujuan membantu pelajar menjana pendapatan sambil belajar tanpa merisaukan beban hutang yang setelah tamat pengajian.

Pengerusi Eksekutif Taj International College (TIC), Tina Tajuddin pada Majlis Pelancaran Program Gerak Generasi Baru dan Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) bersama rakan strategik di Dewan TT, TIC Ipoh, di sini pada Jumaat.

“Dua rakan universiti yang dilantik iaitu Universiti Automotif DBR-HICOM dan Universiti Geomatika merupakan institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sangat terkemuka dan kita bawakan ke Ipoh Perak.

“Tujuan utama untuk mengurangkan beban kos sara hidup dimana pelajar boleh memilih program pengajian di antara kedua-dua universiti ini atau belajar dengan pihak TIC atau sambung di mana-mana universiti ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Gerak Generasi Baru dan Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) bersama rakan strategik di Dewan TT, TIC Ipoh, di sini pada Jumaat.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Automotif DBR-HICOM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman dan Naib Presiden Pendidikan Geomatika Malaysia, Prof. Datuk Mazrin Rohizaq Che Rose.

Tambah Tina, TIC dilantik sebagai pusat pengajian pembelajaran oleh dua universiti tersebut yang menyediakan program pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) bagi pelajar yang berminat menyambung pendidikan.

“Kesemua program online yang ditawarkan di dua buah universiti tersebut boleh dijalankan di TIC, malah sokongan akedemik dan sokongan industri juga bakal dibekalkan atas kerjasama ini.

“Harapan kita dengan inisiatif yg baru ini dapat diteruskan dari masa ke masa dan menjadi satu tanda aras di mana program ini mungkin bakal diangkat oleh ramai pihak supaya kita dapat membantu komuniti dan masyarakat terutama generasi muda dalam arus perdana pengajian tinggi , tidak kira mereka memilih akedemik ataupun TVET khasnya,”ujarnya. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Program GGB TIC bantu pelajar sambung pengajian tanpa berhutang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI