Tiga beranak etnik Rohingya maut dalam kebakaran rumah

BAGAN SERAI – Tiga beranak warga Myanmar daripada etnik Rohingya maut selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Taman Serai Maju, di sini awal pagi Sabtu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Yunus Nor Ali, 27, serta dua anak lelakinya, Muhammad Woheed, enam tahun, dan Mohamad Aheed, tiga tahun.

Sementara seorang lagi mangsa wanita, dikenali sebagai Saniya Jahan Juma Abul Kasim, 24, mengalami kecederaan selepas kelecuran pada tangan dan kaki akibat kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kebakaran rumah itu pada jam 5.17 pagi.

tiga beranak maut kebakaran Keyphrase synonyms: tiga beranak maut dalam kebakaran, tiga sekeluarga maut kebakaran, tiga maut kebakaran rumah, bapa dan dua anak maut, kebakaran rumah Bagan Serai 5 Related keyphrase: tiga beranak Rohingya maut kebakaran rumah Bagan Serai bapa dan dua anak maut mangsa terperangkap dalam kebakaran JBPM Perak

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran di sebuah rumah di Taman Serai Maju, Bagan Serai. Foto JBPM Perak

Katanya, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, BBP Kuala Kurau serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bagan Serai diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman kebakaran.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian di dapati berlaku kebakaran sebuah rumah jenis kelas A yang terbakar pada kadar 70 peratus.

“Terdapat seorang mangsa wanita berada di luar rumah dan mengalami kecederaan melecur di tangan dan kaki. Menurut mangsa tersebut terdapat tiga lagi terperangkap dalam rumah berkenaan iaitu suami dan dua anak,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Kata beliau, mangsa wanita yang cedera itu diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM.

Menurut Sayani, anggota penyelamat kemudiannya menjalankan operasi bagi mengesan ketiga-tiga mangsa yang masih terperangkap di dalam rumah berkenaan.

tiga beranak maut kebakaran Keyphrase synonyms: tiga beranak maut dalam kebakaran, tiga sekeluarga maut kebakaran, tiga maut kebakaran rumah, bapa dan dua anak maut, kebakaran rumah Bagan Serai 5 Related keyphrase: tiga beranak Rohingya maut kebakaran rumah Bagan Serai bapa dan dua anak maut mangsa terperangkap dalam kebakaran JBPM Perak

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran di sebuah rumah di Taman Serai Maju, Bagan Serai. Foto JBPM Perak

“Susulan itu, tiga orang mangsa telah ditemui di dalam sebuah bilik yang sedang terbakar. Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kesemua mangsa telah meninggal dunia.

“Kesemua mangsa maut kemudian telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sayani berkata, pasukan bomba menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki dengan satu pancutan serta satu aliran salur bantu mula bagi memadam kebakaran menggunakan bekalan air dari tangki jentera serta sumber air terbuka dari parit berhampiran.

Dalam pada itu kata beliau, berdasarkan kepada maklumat awal, Pasukan Forensik Kebakaran dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Perak mengesyaki kebakaran bermula di dalam bilik pertama iaitu bilik di mana tiga mangsa yang ditemui maut.

Bagaimanapun Sayani berkata, punca kebakaran rumah tersebut dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Fauziah Baharuddin dengan melibatkan 24 anggota bomba, PBS (enam), PDRM (tujuh) serta pegawai perubatan KKM (tiga) itu tamat pada jam 7.35 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mayat lelaki rentung ditemukan di ladang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI