Tiga ekor kerbau dijumpai berhimpit dalam MPV

KUANTAN – Tiga ekor kerbau ditemukan dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditinggal melintang di tengah jalan di Kampung Bukit Serdang, Kuala Bera awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 3.20 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebuah MPV jenis Honda Odyssey warna kelabu berada dalam keadaan melintang.

“Pemeriksaan lanjut dalam MPV berkenaan terdapat tiga kerbau pada bahagian tempat duduk belakang dalam keadaan tidak bermaya disyaki kesan ubat pelali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zulkiflee, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan. – MalaysiaGazett

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI