IPOH – Keputusan sama ada terdapat sekolah lain di negeri Perak akan ditutup pada Isnin ini susulan situasi jerebu bergantung pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan pada Ahad.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah berkata, penutupan sekolah akan dilaksanakan sekiranya terdapat daerah yang masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
Katanya, pengumuman berhubung keputusan itu dijangka dibuat seawal jam 3 petang pada Ahad. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





