Tragedi kepala air Sungai Kenjur: Dengar jeritan mangsa minta tolong

TAPAH – Sungai Kenjur yang terletak di Kampung Poh amat terkenal sebagai lokasi untuk aktiviti bermandi-manda dan berkelah dalam kalangan penduduk setempat khususnya di sekitar Bidor dan Tapah.

Tinjauan di lokasi mendapati terdapat beberapa chalet dan kawasan tapak perkemahan yang didirikan berhampiran dengan sungai berkenaan.

Terletak kira-kira 6 kilometer (km) dari Pekan Bidor, suasana hijau mendamaikan di Kampung Poh itu cukup sesuai kepada sesiapa yang mahukan eskapisme seketika dari hiruk-pikuk di bandar.

kepala air bidor tapah kampung poh sungai kenjur empat beranak hanyut sungai arus deras
Lokasi tragedi fenomena kepala air yang meragut nyawa empat beranak yang berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Tapah meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 FEBRUARI 2024.

Namun, tanggal 7 Februari lalu meninggalkan titik hitam apabila empat beranak maut selepas dihanyutkan arus deras dalam tragedi kepala air sekitar jam 4 petang di Sungai Kenjur, Kampung Poh.

Bagi penduduk setempat peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam kerana walaupun kepala air sering berlaku apabila cuaca hujan, namun insiden melibatkan kehilangan nyawa seumpama itu pertama kali berlaku di kampung mereka.

kepala air bidor tapah kampung poh sungai kenjur empat beranak hanyut sungai arus deras
Penduduk, Wahiddin Bahaudin, 58, menceritakan detik-detik cemas menyelamatkan mangsa tragedi fenomena kepala air yang meragut nyawa empat beranak yang berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 FEBRUARI 2024.

Penduduk, Wahiddin Bahaudin, 58, berkata, jeritan meminta tolong daripada mangsa masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga kini, ditambah pula kejadian ibu yang dihanyutkan arus deras sungai bersama anak-anak itu berlaku di hadapan matanya sendiri.

Dia yang mendiami rumah berhampiran dengan Sungai Kenjur mengakui, masih berasa ralat selepas mengenangkan usaha dia untuk menyelamatkan mereka menemui jalan buntu.

Detik cemas bantu mangsa

Menceritakan detik-detik cemas, Wahiddin memberitahu, kejadian berkenaan mula disedarinya apabila terdengar jeritan meminta pertolongan daripada mereka yang sedang berada di tengah-tengah sungai dengan keadaan air deras.

kepala air bidor tapah kampung poh sungai kenjur empat beranak hanyut sungai arus deras
Lokasi tragedi fenomena kepala air yang meragut nyawa empat beranak yang berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Tapah meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 FEBRUARI 2024.

“Pada awalnya saya cuba menebangkan pokok pisang untuk membantu mereka berpaut, tetapi gagal. Kemudian saya cuba dengan melemparkan getah paip air untuk selamatkan mereka.

“Daripada kesemua mereka, hanya seorang sahaja berjaya menyambut getah paip air itu dan naik ke tebing sungai, yang mana saya difahamkan dia adalah kakak kepada mangsa lemas.

“Selepas itu, mangsa yang memegang erat dua anaknya dapat mencapai getah paip yang saya lemparkan kemudian.

“Namun, dia beritahu kepada saya bahawa dia berasa penat sebelum terjatuh dan dihanyutkan arus deras sungai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Poh, baru-baru ini.

kepala air bidor tapah kampung poh sungai kenjur empat beranak hanyut sungai arus deras
Penduduk, Wahiddin Bahaudin, 58, dan Ahmad Riduzan Mohd Azmi, 42, menunjukkan lokasi tragedi fenomena kepala air yang meragut nyawa empat beranak yang berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Tapah meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk setempat. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 FEBRUARI 2024.

Datuk kepada lima cucu itu memberitahu, ketika dia sedang cuba mengejar wanita yang dihanyutkan arus deras sungai itu, dia terjumpa dengan seorang lagi kanak-kanak yang berada di atas batu dalam keadaan menangis ketakutan.

Menurut Wahiddin, dia gagal menyelamatkan kanak-kanak itu, namun usaha itu dibantu seorang lagi penduduk yang turut mendiami kawasan berhampiran sungai.

“Saya rasa amat ralat kerana, kedudukan mangsa (wanita yang hanyut) dengan saya memang dekat. Namun saya tidak mampu menyelamatkannya, saya juga nampak dia hanyut sambil memegang erat dua anak.

“Pelbagai faktor yang mungkin menghalang saya untuk menyelamatkan mereka termasuk dari segi usia saya. Pun begitu, saya redha dengan ketentuan Illahi,” katanya lagi.

kepala air bidor tapah kampung poh sungai kenjur empat beranak hanyut sungai arus deras
Penduduk, Ahmad Riduzan Mohd Azmi, 42, menceritakan detik-detik cemas menyelamatkan mangsa tragedi fenomena kepala air yang meragut nyawa empat beranak yang berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 FEBRUARI 2024.

Pada masa sama, penduduk, Ahmad Riduzan Mohd Azmi, 42 memberitahu, dia memberanikan diri terjun ke dalam sungai yang keruh ketika sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak yang berada di atas batu dalam kejadian kepala air itu.

Jelasnya, tindakan itu dilakukan selepas melihat Wahiddin gagal menyelamatkan kanak-kanak yang sedang menggigil tubuh badanya itu.

“Saya tidak fikirkan apa-apa ketika itu, sebaliknya terus terjun ke sungai untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Selepas berjaya memaut kanak-kanak itu di belakang badan, saya memegang getah paip yang dilemparkan Wahiddin untuk naik ke tebing sungai. Sementara beberapa rakan saya cuba berusaha mencari kemungkinan ada mangsa lain yang dihanyutkan,” ujarnya.

Penduduk, Wahiddin Bahaudin, 58, (dua,kiri) dan Ahmad Riduzan Mohd Azmi, 42, (kiri) menunjukkan lokasi tragedi fenomena kepala air yang meragut nyawa empat beranak yang berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Tapah meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk setempat. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 FEBRUARI 2024.
kepala air bidor tapah kampung poh sungai kenjur empat beranak hanyut sungai arus deras
Lokasi tragedi fenomena kepala air yang meragut nyawa empat beranak yang berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Tapah meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 FEBRUARI 2024.

Tambah Ahmad Riduzan, selain arus deras, keadaan Sungai Kenjur yang dilanda kepala air ketika itu turut menghanyutkan daun-daun kering dan batang pokok yang tumbang.

“Pada awalnya, saya menyangka tragedi ini hanya melibatkan dua mangsa. Kemudian saya dimaklumkan ia membabitkan ramai mangsa sehingga ada yang meragut nyawa,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, keriangan enam sekeluarga berkelah termasuk seorang pengasuh warga Indonesia bertukar tragedi apabila berdepan dengan insiden kepala air.

kepala air bidor tapah kampung poh sungai kenjur empat beranak hanyut sungai arus deras
Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Mohd Naim Asnawi meninjau sekitar lokasi pencarian di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor dalam kejadian kepala air dengan melibatkan tiga kanak-kanak. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 FEBRUARI 2024.

Aszura Bani, 37 bersama tiga anaknya, Hanum Marissa Azam, 2; Hafif Muhayat Azam, 4, dan Hanna Mikayla Azam, 7, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dihanyutkan arus deras.

Sementara Kakak Aszura, Aslinda Bani, 38, anak lelakinya, Muhammad Adam Mukhris Rozi, 11, dan pengasuh warga Indonesia, dikenali sebagai Hernani Shera, 30an, terselamat.

kepala air bidor tapah kampung poh sungai kenjur empat beranak hanyut sungai arus deras
Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, menyiram air mawar di pusara ketiga-tiga anaknya yang meninggal dunia dalam kejadian kepala air di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 FEBRUARI 2024.

Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air itu disemadikan dalam satu liang lahad bersebelahan pusara ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor pada 8 Februari. -MG Perak

MGPerak: Terkilan Gagal Selamat Tiga Beranak Namun Bersyukur Selamat Mangsa Lain

Artikel Berkaitan:

Tragedi kepala air: Hujan renyai iringi pengebumian tiga beradik

Tragedi kepala air: Jasad kanak-kanak 4 tahun pula ditemukan

Kepala air: Seorang wanita maut, tiga kanak-kanak masih hilang

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI