TTM sumbang peralatan studio multimedia RM25,000 kepada SKNI

TAIPING – Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd (TTM) menyumbangkan peralatan studio multimedia bernilai RM25,000 kepada Sekolah Kebangsaan Ngah Ibrahim (SKNI) di sini.

Pengarah Urusan TTM, Mike Toh Poh Keong berkata usaha itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) TTM yang berterusan untuk menyokong pendidikan di Malaysia di bawah program Program Jangkauan Masyarakat (COP)

Menurutnya, sumbangan tersebut merangkumi peralatan multimedia antaranya smart tv, komputer serta satu set studio mini multimedia termasuk lampu, meja, skrin hijau dan kamera digital.

“Peralatan itu akan digunakan pelajar bagi studio multimedia di SKNI bukan sahaja untuk merakam muzik, podcast, kandungan audio dan video malah akan digunakan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran transformasi baharu yang selaras dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (T25).

“Kami percaya bahawa semua pelajar harus diberi peluang untuk meneroka kreativiti masing-masing.

“Sehubungan itu, melalui transformasi dengan menggunakan peralatan multimedia baharu ini, kami berharap ia akan membantu pelajar di sekolah tersebut terus berkarya dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Mike Toh menyampaikan sumbangan peralatan multimedia itu kepada Guru Besar SKNI, Ismail Ibrahim. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI