IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Menglembu di sini, dengan kesan luka pada tangan kanan, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 3.59 petang.
Katanya hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kesan jenayah dikesan berlaku pada mangsa yang berusia 65 tahun itu.
“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiada kenderaan ditinggalkan oleh mangsa di tempat kejadian.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. – MGPerak