ZumbaFest 2.0 pupuk gaya hidup sihat, satukan komuniti

IPOH – Kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat terus diperkasakan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti kecergasan yang bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesihatan, malah menjadi platform untuk menyatukan masyarakat tanpa mengira usia dan kaum.

Selaras dengan usaha itu, seramai 225 peserta menyertai program Fitsquad ZumbaFest Groove and Glow 2.0 Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta yang berlangsung di Dewan Bandar Baru Tambun di sini hari ini.

Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman berkata, program tersebut merupakan kesinambungan siri pertama yang diadakan di Kampung Kepayang, namun kali ini ia dilaksanakan ke kawasan DUN Hulu Kinta bagi memudahkan penyertaan penduduk setempat.

“Program tersebut diadakan di sini bagi memberi peluang kepada mereka yang tinggal di dalam DUN Hulu Kinta serta lokasi ini dipilih kerana kapasitinya lebih luas serta dilengkapi kemudahan seperti pendingin hawa yang lebih selesa kepada peserta.

Ketua Whip Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Mazlan Abd. Rahman menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang pada program Fitsquad Zumbafest Groove and Glow 2.0 DUN Ulu Kinta di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 JULAI 2026.

“Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengajak masyarakat serta golongan muda menjaga kesihatan bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program tersebut di Dewan Bandar Baru Tambun, di sini hari ini.

Mazlan turut menyampaikan 40 hadiah cabutan bertuah kepada peserta, dengan hadiah utama iaitu sebuah basikal lipat pada program tersebut.

Beliau berkata, aktiviti zumba bukan sahaja mampu meningkatkan kecergasan fizikal, malah membantu membentuk pemikiran yang lebih positif.

“Pada kali ini kita menerima penyertaan peserta daripada pelbagai kaum berusia antara 30 hingga 50 tahun malah ada satu pasukan dari Taiping turut memeriahkan aktiviti tersebut.

ZumbaFest 2.0 pupuk gaya hidup sihat, satukan komuniti
Ketua Whip Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Mazlan Abd. Rahman ketika sesi bergambar pada program Fitsquad Zumbafest Groove and Glow 2.0 DUN Ulu Kinta di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 JULAI 2026.

“Selain dapat memupuk semangat perpaduan, aktiviti seperti ini secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama menjaga kesihatan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Program, Nurul Nadia Syafina Shaharudin, 34, berkata, program tersebut diadakan buat kali kedua selepas mendapat maklum balas yang positif daripada peserta.

“Memandangkan program yang lepas mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan, jadi kami merancang untuk bekerjasama semula dengan Datuk Mazlan kerana beliau adalah antara orang kuat di sebalik program kami pada hari ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga seorang fisioterapi di sebuah hospital di sini berkata, telah menjalankan aktiviti zumba selama 12 tahun.

ZumbaFest 2.0 pupuk gaya hidup sihat, satukan komuniti
Suasana meriah peserta melakukan senaman Zumba beramai-ramai sempena program Fitsquad Zumbafest Groove and Glow 2.0 DUN Ulu Kinta di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 JULAI 2026.

“Saya memang sudah lama berkecimpung dalam bidang sukan dan kami melihat aktiviti seperti zumba ini dapat mendidik rakyat untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

“Apabila kita lakukan aktiviti berkumpulan, sambutannya lebih ramai berbanding jika dilakukan secara individu.

“Ini secara tidak langsung dapat menghindarkan peserta daripada mengalami penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Program senaman warga emas diperluas ke-120 lokasi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI