1,212 kuarters guru di Perak masih kosong – Exco

IPOH – Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah mendedahkan, sebanyak 1,212 kuarters guru yang masih elok dan tidak berpenghuni di seluruh Perak setakat September 2023.

Menurut Khairudin, berdasarkan maklumat kuaters guru di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak daripada jumlah berkenaan terdapat 188 buah kuarters guru yang masih dalam keadaan baik dan tidak berpenghuni di daerah Perak Tengah.

“JPN Perak mengambil maklum bahawa cadangan menyewakan kuarters guru kepada golongan B40 atau golongan yang masih tidak mempunyai kediaman merupakan salah satu kaedah untuk mengotimumkan penggunaan kuarters guru.

“Namun ini merupakan perkara dasar yang memerlukan pertimbangan dan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Pengulungan Enakmen Perbekalan Tahun 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 bersempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Sementara itu, menyentuh mengenai inisiatif Pendidikan di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani (TCS), Khairudin berkata, selain program bantuan makanan percuma untuk peperiksaan awam, kerajaan negeri turut menyediakan beberapa bantuan lain.

Ujar Khairudin, antara bantuan lain yang disediakan adalah Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa berjumlah RM2 juta, Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak – TASPEN sebanyak RM600,000 , Program Teduhan Kasih RM200,000 dan
Biasiswa Menteri Besar Perak RM1 juta.

“Dengan sokongan dan dokongan daripada kerajaan negeri dan dibantu oleh JPN Perak, Pejabat Pendidikan Daerah, guru – guru dan kakitangan pendidikan, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Negeri Perak meningkat dengan baik.

“Gred putara negeri 2021 sebanyak 4.96 manakala bagi tahun 2022 ialah 4.92, 2023 pula sasaran yang di tetapkan ialah sebanyak 4.80.

“Selain itu, peratus layak sijil bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk 2021 sebanyak 85.71 peratus, 2022 sebanyak 90.1 peratus dan sasaran untuk 2023 ialah 93 peratus,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

24 tahun bergelar pendidik, Khairudin perkasa pendidikan di Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI